Al-waaqi'ah bermaksud HARI KIAMAT (Di ambil dari ayat pertama).
Cikya terbaca di wall fb, lepas tu cari2 balik tak jumpa. So godek2 cikya dapat cari info di blog. So dari situ cikya cuba ringkaskan untuk pengetahuan kita semua. Kira park di sini lepas ni senang untuk di cari.
[ Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih ]
::Antaranya::
1. Mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam >> maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”
2. Baca setiap hari >> Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Baca setiap malam >> Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4. Surah kekayaan - isteri >> Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 40 kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.
6. Baca selepas solat Asar >> 14 X in sya’Allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang berlimpah ruah.
7. Tunai Hajat >> 41 X dalam satu majlis, Insya’Allah ditunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
8. Kaya + Syukur >> amal 3x selepas Solat Subuh dan 3x selepas Solat Isyak. Insya’Allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
》Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki; Insya’Allah berhasil:《
✔ Berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat.
✔ Selepas tiap solat fardhu bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya. Pada malam Jumaat berikutnya, selepas solat Maghrib bacalah Surah Al-Waqiah sebanyak 25 kali dan selepas solat Isyak sebanyak 125 kali. Diikuti dengan selawat ke atas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah Surah Al-Waqiah ini sekali pada waktu pagi dan petang.
✔ Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah, ayat 35-38 sebanyak 7 X. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.”
Selain itu lain2 khasiat::
~ Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di sisi mayat atau orang yang sedang nazak, In sya’Allah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya.
~ Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya.
~ Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, Insya’Allah segera melahirkan dengan mudah.
~ Boleh juga dibaca di sisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Bileh amalkan dengan niat yang baik. In sya’Allah, dengan amalan surah Al-Waqiah seperti yang diberitahu dalam hadis-hadis Nabi SAW, senoga dikurniakan rezeki banyak dalam macam2 bentuk supaya kita dapat menolong dan bantu mereka yang memerlukan. Seterusnya dapat jadi amal jariah kita untuk di bawa ke sana kelak.
Bacalah hati yang ikhlas memohon rezki dari-Nya. Jangan berniat untuk kaya di dunia yang sementara. Dalam niat kita dengan rezeki yang banyak kita dapat beribadat kepadaNya dan membuat amal jariah. Barulah Allah SWT memperkenankan doa-doa kita.
Aamiin. Sekian.
Sumber Rujukan;
https://www.almukhlisin.my/kebaikan-membaca-surah-al-waqiah-setiap-hari/
https://shafiqalbu.wordpress.com