Kepakaran saya membantu menyelesaikan dan mencungkil potensi wanita membina kerjaya dari rumah. Untuk info lanjut tentang produk atau berminat menyertai Azira TNTJ Enterprise, sila sms / whatsapp 013-4594385. Syukran atas sokongan anda.
Rabu, 20 Mei 2015
Khamis, 14 Mei 2015
TENTANG DIRI SAYA
Bismillah …
Selamat sejahtera dan salam berjuang untuk semua. Tuan Nor Azira Tuan Jusoh nama diberi, dari Kelantan asal negeri. Saya berumur 30 tahun dan telah berumahtangga. Kini mempunyai seorang cahayamata perempuan yang baru berusia 9 bulan. Saya berasal dari Pasir Mas dan kini tinggal di Johor kerana bertugas sebagai seorang guru di sekolah integrasi. Saya merupakan anak ke-5 dari 9 orang adik-beradik, masih mempunyai seorang ibu dan ayah yang di panggil “Cik” dan “Ku”.
Sedikit tentang latar belakang pendidikan saya , saya merupakan bekas pelajar dari SMK Perempuan, kemudian pernah menuntut di IZPM selama setahun sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perguruan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas) di Universiti Sains Malaysia (USM) Penang.
Saya mempunyai pengalaman bekerja di nurseri swasta di Sepang. Selain itu, saya juga pernah bekerja sebagai kerani di salah sebuah Syarikat di KLIA Sepang iaitu MISC Coorperation secara kontrak sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti bagi menampung kos perbelanjaan semasa memasuki Universiti.
Sebelum bergraduat, saya juga pernah menyandang tugas sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang iaitu OSRAM di Pulau Pinang sehinggalah saya bergraduat Julai 2010. Selepas Konvokesyen, saya masih bekerja sehinggalah akhirnya saya berhenti pada November 2010 selepas mendapat tawaran mengajar di Johor.
Sejak dari hari pertama “posting” di Johor sehingga hari ini, hampir 5 tahun pengamalan saya disini. Dari 22 november 2010 sehingga kini. Pelbagai pengalaman, cabaran, rintangan, onak duri, pahit manis yang tercalit dalam jiwa saya sampai bila-bila. Bagaimana pertama kali sampai ditempat bertugas dengan ketiadaan kemudahan, menebalkan muka untuk menumpang dan hanya bergantung kepada duit gaji bekerja di kilang sebelum dapat pekerjaan tetap, Alhamdulillah dapat bertahan selama 3 bulan sementara mendapat gaji pertama selepas dilantik. Dengan keadaan yang terpisah jauh dari keluarga benar-benar mengajar saya erti kehidupan. Dari situ pelbagai cabaran dan dugaan yang saya terima membuatkan saya lebih kuat.
Selepas berumahtangga pada 2013, semasa dalam keadaan berpantang saya terasa begitu sesak akibat menghadapi masalah kewangan yang mendesak sehingga membuka hati saya untuk cuba berniaga. Di pendekkan kisah, sehingga selepas beberapa kejadian berlaku akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyertai OnlineBiz. Itupun kerana selepas mencuba sendiri produk kesihatan, dan asbab produk kesihatan tersebut dengan izin Allah Taala telah membantu menyelesaikan masalah kesihatan saya semasa berpantang. Saya benar-benar serius nak mengubah hidup yang mengekang saya serta keluarga dengan keadaan ibu bapa yang turut perlu diberi perubahan hidup. Rasanya sudah tak sanggup melihat mereka berpenat lelah berpanas berhujan dalam usia 50-an. Setiap hari bertemankan baby dan hanphone, saya mencari dan terus mencari sehinggalah bertemu jodoh dengan Smart Tycoon Group (STG).
Akhirnya dalam berpantang itu saya nekad untuk bersama
STG buat biz online iaitu #ProjekSTG selepas mendapat kepercayaan, sokongan, dan keizinan suami.
Kini setelah lebih kurang 7 bulan dalam biz ini Alhamdulillah saya dapat rasa perubahan ke arah lebih positif dan Berjaya. Telah ramai yang telah ‘celik mata’ terhadap projek ini dan setiap hari ada sahaja yang menjadi bizpartner. Alhamdulillah saya akn terus mengorak langkah bersama semua untuk terus mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik, seterusnya menjadi Berjaya kaya dan bahagia terus maju seiring jiwa yang sebati terhadap perniagaan ini.
Seterusnya saya juga akan berkongsi pelbagai pengalaman sepanjang perjalanan hidup ini, dari seorang yang biasa-biasa menjadi luar biasa, dari sering berputus asa menjadi bersemangat waja, positif serta berkongsi ilmu berkaitan dengan semua. Semoga dengan izin Allah Taala, coretan ini dapat memberi manfaat dan membina potensi diri serta menambah nilai dalam hidup anda.
“hidup penuh cabaran menambah nilai dan potensi diri ke arah kecemerlangan”
~ teruskan berkasih sayang hingga ke syurga
~ Tuan nor Azira

Ahad, 10 Mei 2015
Penubuhan Kedai Online Tuan Nor Azira Tuan Jusoh
Bismillah..
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan kimpah kurniaan-Nya, rahmat-Nya dan izin-Nya maka saya dapat meluangkan dan memanfaatkan masa saya untuk menubuhkan kedai online saya ini iaitu "Tn Azira Online Store"
Kepakaran saya ialah sebagai cikgu #TuisyenBizOnLineTBO yang men"coach" protege-protege baru yang benae-benar serius untuk berjaya dalam bidang #usahawanonline.
Jangan terkejut ini hanyalah "part time" in syaa Allah will be "fulltime".
Kalau sebelum ini saya hanya aktif di facebook, kini saya telah mewujudkan lebih banyak medium sosial bagi memberi kemudahan kepada semua untuk menghubungi saya.
Sekian dulu dari saya, tunggu untuk update seterusnya...
Sharing with Love,
Tn Azira
~familyfirstbizfirst
~biz with pleasure

Langgan:
Catatan (Atom)